Senin, 24 Agustus 2009

pus....Cupids Love Calculator



Cinta itu buta? Cinta itu indah? Cinta itu hanya sandiwara? Cinta itu amat menyakitkan? YA!! Jawapan bagi soalan diatas ini semuanya adalah YA, BETUL... Cinta akan menjadi buta jika kita terlalu menyayangi dan memaafkan seseorang yang kita cintai, seolah seolah kita tidak nampak kekurangan si dia dan keburukanya , walau berkali terluka masih jua menunggu, kata orang kalau dah sayang, dah mabuk kepayang segalanya indah. Dan cinta akan menjadi indah bila pasangan kita setia dengan cintanya, sanggup memaafkan, memujuk, di belai, di sayangi dan merindui, kadang kala bertengkar, cemburu, menghilangankan diri, putus dan kemudian kembali, ianya bak sandiwara semasa atau cerpen yang tidak ada penghujungnya. Akhirnya cinta itu amat menyakitkan. Walau bagaimana pun cinta itu amat di perlukan dalam hidup setiap insan yang bernyawa, kadang kala cinta akan dibawa sampai ke mati atau ke syurga... Wah indahnya cinta... Kepada yang sedang bercinta, perliharalah cinta anda dengan baik semoga kekal hingga ke syurga....

Susahnya Mencari Lelaki Romantik. "Mungkin lelaki romantik sudah semakin pupus ataupunia hanyalah mitos daripada novel cinta zaman," jelas seorang wanita. Lelaki berjiwa romantik adalah idaman wanita. Lelaki romantik memiliki ciri-ciri khusus yang bergantung pada kesesuaian seorang wanita. Pada prinsipnya lelaki romantik adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya. "Dia meletakkan saya di puncak gunung Fiji dan membawa saya di jalur sungai Venice hanya di atas baris-baris surat kirimannya. Jiwanya kaya dengan perasaan yang halus sehingga saya bermewah dengan perasaan itu". Mungkin itilah harapan wanita mengidamkan lelaki yang berjiwa romantik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar