Senin, 24 Agustus 2009

wf

jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya. "Dia meletakkan saya di puncak gunung Fiji dan membawa saya di jalur sungai Venice hanya di atas baris-baris surat kirimannya. Jiwanya kaya dengan perasaan yang halus sehingga saya bermewah dengan perasaan itu". Mungkin itilah harapan wanita mengidamkan lelaki yang berjiwa romantik.

KISAH BENAR
Aku mempunyai teman bernama lina, dia berusia 26 tahun, masih muda lagi dan sudah pun bekerja, dia mencerita kan aku tentang pengalaman cintanya yang amat memilukan, aku turut menangis bersamanya bila mendengar kisahnya. Katanya dia mula mengenali A sejak di bangku sekolah lagi, mula-mula hanyalah sebagai teman biasa tetapi bila dah lama mengenali A kawan aku ni mula lah jatuh cinta, perasan sendiri je katanya, si A ni tak tahu yang lina suka kan dia, A ni baik orangnya tak macam lelaki-lelaki lain yang kat sekolah tu yang kebanyakanya playboy, mungkin sebab tu lah dia syok kat A, bila dah tamat sekolah dia masih lagi contact A, mereka masih lagi kawan biasa. Makin lama kenal mereka makin mesra, mungkin kerana lina ni ramah orangnya dan disenangi oleh banyak orang, sampai lah mak si A ni pun suka kan lina, aku pun heran macamana mak A boleh kenal lina padahal A tak pernah ajak lina jumpa mak dia, Oh... rupa-rupanya mak cik lina ada kedai makan dan kebetulan mak A keje kat kadai mak cik lina, jadi dari situ lah mereka kenal. Masa usia lina 21 tahun dia di tunangkan, lina pernah bertunang, dengan siapa A ke? aku bertanya. Dia di tunangkan dengan pilihan bapanya, bapanya hendak kan lina hidup senang, sebab itu dia di tunangkan dengan orang kaya, anak kepada kenalan bapanya, lina terpaksa ikut sebab dia pun tau hubunganya dengan A tak akan sampai kemana, dah lama kenal tapi A tak pernah pun cakap yang dia cinta kan lina so lina tak mengharapkan walaupun hatinya sayang sangat kat A, apa nak buat A ni hensem aku ni tak lawa dan gemuk pulak tu, katanya. Pada usia lina 22 tahun, masa tu dia masih jadi tunangan dengan anak orang kaya, lina ditimpa kemalangan, parah jugak, sampai dia di masuk kan ke ICU, selama 6 bulan lina terlantar di hospital kerana koma, tunangnya sampai give up nak tunggu lina sembuh, dia pun memutuskan pertunanganya dan berkawin dengan gadis lain, itu lah kalau tunang bukan atas dasar cinta, terus di tinggalkan. Masa lina mencerita kan tentang dia putus tunang dia tak nangis pun, mungkin sebab dia tak cinta pun tunangnya, ni kan kehendak orang tua, kesian lina. Tiba-tiba lina teringat kembali dengan A, selepas lina tunang A menghilangkan diri, katanya dia tak mahu rapat-rapat dengan tunang orang, betul ke ni atau agaknya A ada hati kat lina dan A kecewa lina dah bertunang, mana tau cinta tak memilih rupa kan. Lina cuba menghubungi A, maklum lah sekarang lina dah kurus semenjak dia kemalangan dan koma, berat badanya mula turun, lina sekarang dah lawa, dia nak hubungi A mana tau A terpikat kat lina, dia menelifon A dengan harapan dapat berbual, berjumpa dan berkawan rapat seperti dulu, tapi sayang mak A kata A ada kat luar negeri belajar, hampa betul lina. Sehingga suatu hari lina terbaca surat pemindahan hati, nama lina dan A, apa ni lina tak faham, apa yang berlaku pada A, apa kena mengena hati lina dan hati A, di mana kah A sebenarnya?? lina menghubungi ibu A, dia tak puas hati, ni mesti ada yang tak kena. Akhirnya ibu A mencerita kan apa sebenarnya berlaku, masa lina dalam koma A selalu datang menemani, kerna di dalam hati A amat menyayangi lina tapi dia malu untuk memula kan, dia terpaksa berdiam, mungkin masanya belum sesuai untuk dia meluahkan perasaan cintanya pada lina, rupanya A jenis lelaki yang tidak memilih paras rupa. Dia berasa amat sedih bila mendengar berita yang lina, kemalangan dan putus tunang. Tapi apakan daya semuaya sudah terlambat. "Lina maafkan mak cik, kerana merahsia kan semua ini, sebenarnya A sudah pun meninggal dunia 3 bulan yang lalu di sebab kan kemalangan, dan sebelum dia pergi A sudah pun membuat keputusan untuk mendermakan hatinya pada lina, masa lina koma hati lina tidak berfungsi, sekarang di dalam diri lina adalah hati A.

pus....Cupids Love Calculator



Cinta itu buta? Cinta itu indah? Cinta itu hanya sandiwara? Cinta itu amat menyakitkan? YA!! Jawapan bagi soalan diatas ini semuanya adalah YA, BETUL... Cinta akan menjadi buta jika kita terlalu menyayangi dan memaafkan seseorang yang kita cintai, seolah seolah kita tidak nampak kekurangan si dia dan keburukanya , walau berkali terluka masih jua menunggu, kata orang kalau dah sayang, dah mabuk kepayang segalanya indah. Dan cinta akan menjadi indah bila pasangan kita setia dengan cintanya, sanggup memaafkan, memujuk, di belai, di sayangi dan merindui, kadang kala bertengkar, cemburu, menghilangankan diri, putus dan kemudian kembali, ianya bak sandiwara semasa atau cerpen yang tidak ada penghujungnya. Akhirnya cinta itu amat menyakitkan. Walau bagaimana pun cinta itu amat di perlukan dalam hidup setiap insan yang bernyawa, kadang kala cinta akan dibawa sampai ke mati atau ke syurga... Wah indahnya cinta... Kepada yang sedang bercinta, perliharalah cinta anda dengan baik semoga kekal hingga ke syurga....

Susahnya Mencari Lelaki Romantik. "Mungkin lelaki romantik sudah semakin pupus ataupunia hanyalah mitos daripada novel cinta zaman," jelas seorang wanita. Lelaki berjiwa romantik adalah idaman wanita. Lelaki romantik memiliki ciri-ciri khusus yang bergantung pada kesesuaian seorang wanita. Pada prinsipnya lelaki romantik adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya. "Dia meletakkan saya di puncak gunung Fiji dan membawa saya di jalur sungai Venice hanya di atas baris-baris surat kirimannya. Jiwanya kaya dengan perasaan yang halus sehingga saya bermewah dengan perasaan itu". Mungkin itilah harapan wanita mengidamkan lelaki yang berjiwa romantik.